Tuesday, November 2, 2010




Program sebegini amat dinanti-nantikan oleh pengamal seni tampak di Malaysia. Sebenarnya seni di negara kita amatlah memerlukan forum sebegini untuk terus menjana tranformasi kepada aluran tampak kita agar terus bernada dan bergema.
Seniman harus sadar akan kekurangan program seumpama ini, tahniah kepada UPSI dan pasca siswazahnya yang peka terhadap perkara sebegini.
Pada dasarnya, aktiviti sebegini hanyalah menuntut sidang perbincangan keilmuan dan bukan proses menuding jari atau menyalahkan sesiapa. Itu haruslah didalami dan difahami oleh kita semua. Saya menyokong agar diadakan selalu program seumpama ini agar seni kita tidak layu dan akan senantiasa waspada selalu. Dengan isu-isu yang lebih akademik, saya rasa perkembangan seni kita mampu mencapai kepada sasarannya.
Tahniah dan teruskan!