memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah dan berkorbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai...
Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat
perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana orang-orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala...
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larangisteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutupaurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Makakecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuklaksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukansebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknyakalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta padaAllah hanya pura-pura, cintanya bukan lagibersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorangcukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil,apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudahdapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecildan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadapNabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cintanafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila NabiYusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusufhingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusufmasuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rinducintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikhamenyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantikmenjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habisdibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelahAllah kembalikan penglihatan, kemudaan dankecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya,bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya padaAllah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajatdengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusufyang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menungguZulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampirhilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernahmenarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsudapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah.Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindudi syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalauwanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita keranacantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagimereka yang berakal akan rasa lebih patutdicurahkanrasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa sajayang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itusemuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dankecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dankasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkanmakhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allahboleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hatiorang-orang tadi kalau Allah mahu.
Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudiandiberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat,gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat
pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nyanikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kitaterlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah,nescaya kamu tak terhitung.”
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan,menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumahdan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kitakalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupauntuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi.Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malupada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampakyang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allahsungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalumasanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengankekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cintapada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan,aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu.tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk nerakakalau itulah kemahuan-Mu.”
Itulah rintihan hati seorang wali perempuan RabiatulAdawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakandua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak adatempat lagi untuk cinta selain dari itu.
Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupuncintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya.Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita diakhirat.”
Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkankecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah danbarulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya.Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkandi dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kitapada Allah swt yang patut kita letakkan.
KOLEKSI I ARTIKEL DR. IKMAL
No comments:
Post a Comment