Monday, September 7, 2009

Manusialah yang berbuat kerosakan

hari ini kau sedar.....kerana terngadah
hari esok kau lupa.....kerana menadahkan kekayaan
kau tidak akan pernah sedar dengan lama
setiap insan juga sukar mendapatkannya
manusia tidak pernah bersyukur
apa yang ada dan tinggal itu milikMu
manusia singgah dan menumpang...
berjalan di atas bumi Nya
berteduh di bawah awanNya
langit yang biru.....
pelangi yang berwarna meriah
semuanya indah....
sekarang bertukar jerebu
pencemaran segala-galanya
satu hari yang pekat akan datang
semuanya akan dihembus menjadi debu...
berkecai hancur...punah menjadi abu
tiada lagi....yang tinggal...
aku.

Jaga hatimu dari warna kehitaman

selalunya ingin kulari
dari masalah yang kuhadapi....
tapi gugusan hari-hari bersamamu
menahanku dari mengejar mimpi yang
tidak pernah pasti..
cerita tentang kesedihanku
singkatan dari sebuah sketsa kehidupan
yang tidak pernah lepas dari cubaan
kadang tubuh tergoncang....
hidup tidak akan pernah lepas
dari masalah dan kesilapan
hanya ketenangan pengubatnya....
tenang yang datang hanya dari
ibadah...pulihkan jiwa dengan
puisi di pusara yang turun menurun
hari ini...
sifat kasih pada sesama insani
nyatakan kasih sayangku
kita semuanya sama
apa yang ada dan tinggal
hanyalah kehidupan.

Genting

indah yang sangat indah
seru kau ucap dari bibirmu yang manis
terkesima dek dendangan merdu denyutan nadi
mantera cinta yang kau semburkan
sukar untuk memiliki cintamu
kau bukan kekasih biasa
biarpun cintaku ini....cinta sejati
yang paling sejati
namun bila itu semua
dapat terwujud dalam satu ikatan cinta
tetaplah kau kekasih yang luar biasa
menyinari alam agar menjadi saksi cinta kita
berdua...berdua
mungkin ini rasa yang terbaik
yang mesti kita relakan
berjalan ditengah-tengah kekosongan hati
rempuhinya tanpa kau...
biar dalam keramaian
tetap ku rasa kekosongan
kerana aku biarkan kau pergi
pergi meredah kegelapan malam itu