hari ini kau sedar.....kerana terngadah
hari esok kau lupa.....kerana menadahkan kekayaan
kau tidak akan pernah sedar dengan lama
setiap insan juga sukar mendapatkannya
manusia tidak pernah bersyukur
apa yang ada dan tinggal itu milikMu
manusia singgah dan menumpang...
berjalan di atas bumi Nya
berteduh di bawah awanNya
langit yang biru.....
pelangi yang berwarna meriah
semuanya indah....
sekarang bertukar jerebu
pencemaran segala-galanya
satu hari yang pekat akan datang
semuanya akan dihembus menjadi debu...
berkecai hancur...punah menjadi abu
tiada lagi....yang tinggal...
aku.
No comments:
Post a Comment