Friday, February 19, 2010

Musafir

Bukan kehendakku memencil diri
Hanya kerana aku insan kerdil
Hanya debu di padang pasir
Terseret angin terbakar panas
Biarpun kalian tidak sudi melihat
Tapi aku pasti bulan tersenyum
Dan bersinar melihatku
ciptaanNya sama indah dan bermakna
pemberi beza dan nama adalah manusia
berbezanya kita hanya ketentuanNya
atas pemberat amal dan kebaikkan
sedar siapa diriku bukan untuk sesiapa
hanya untuk Dia.....menyemadikan
roh dan jasad, nama dan rupa,
bentuk dan makna untukNya
Aku harapkan setiap hembusan nafasku
adalah ibadat kepadaNya.

Bintang Kecil

Pada bintang yang selalu sembunyi...
Sentuhilah hatiku agar ku selalu rapat dan dekat
Di sisimu aku bagai kejora dilangit biru
Pada bicaramu yang kurasa...
Ada nada dan puisi digubah buatmu yang terindah
Di hatimu aku harap akulah pilihan
Pada suatu hari ada sinar memancar...
Tersusun secantik liku-liku biru
Puas ku mencari hakikat kasih yang tersejat
Puasku menanti sebuah cerita gembira
Pada sebuah gubahan yang bukan kita arahkan
Hanyalah sebuah cereka dan sandiwara
Yang cuma dusta dalam duka
Sanggup aku hamparkan sedamgkan ianya berbeza
Dari tekaan dan pengharapan
Saat aku bukan pilihan...puas ditangisi bila hati dilukai
Kesekian kalinya aku dihimpit penyesalan yang amat.

Monday, February 15, 2010

Dayang VI

Apabila di lautan kaulah layarku
menjadi pelengkap perjalananku
tanpamu aku hanyut dibawa arus
Apabila di awangan kaulah sayapku
membuatkan aku terbang bebas dan
tanpamu aku jatuh tersungkur
ke bumi
Apabila di rimba kaulah kompasku
agar tak tersesat dipenghujung jalanku
dan apabila racun kaulah penawar
menjadi suka disaat kedukaan
menjadi gembira diwaktu kesedihan
dan jua apabila luka kaulah penyembuhnya
sakit yang dulu dirasai semakin hilang
ditelan waktu.

Sunday, February 14, 2010

Setiap ada kamu

Setiap hariku adalah hari kekasih...
ucapan cinta..setiap hari kulafaskan
Setiap saatku adalah saat kebahagiaan
bila kamu ada..setiap saat kuinginkan
Setiap waktu adalah waktu bersamamu
tak terasa waktu yang berlalu

Setiap denyutan nadiku adalah irama cinta
Kata-katanya adalah lirik yang syahdu
sebuah lagu untukmu

Kelmarin, semalam , hari ini dan masa depan
selalunya ku ingin di sisimu
menjana impian bersama
berdua di awan biru....menari bersama pelangi
Deruan angin rintisan hujan menjadi irama
tarian rimba dalam kehijauan yang mendamaikan

Tuesday, February 2, 2010

Satu tahap lagi untuk lega.

Entahlah...telah aku usahakan...
akan aku usahakan
aku bersedia segalanya...
masih berteka teki..mana kah tempatnya
mana aku nak pergi kali ini
tapi yang pasti ianya pergi bersama niat
yang murni dan baik.
Tapi suara kebimbangan itu tetap ada
walaupun ekspressinya agak kurang kelihatan
Ini tak boleh, itu tak boleh...yang mana sebenarnya
akan merumitkan lagi senario di sini
dulu ke shah alam terhalang dek perulangan yang kononnya
membataskan rejim-rejim pengetahuan
sekarang ke utara ada anasir-anasir kebencian
yang meruap dari asasnya lagi terjadi
nak bersandar di bawah bayu...hanyalah pada nama.
tapi aku mencuba untuk ke serdang berguru pada
pakar kritik yang rasanya selalu membuatkan
senario seni kita berdiskusi secara sihat dan keterbukaannya
yang mewarnakan ketegangan melalui kata dan baca.
Harap-harap dapat ke situ.
apapun yang aku mahukan hanyalah ilmu yang boleh kusampaikan pada
masyarakat..mungkin jua pada bangsa,agama dan negara.