Friday, February 19, 2010

Musafir

Bukan kehendakku memencil diri
Hanya kerana aku insan kerdil
Hanya debu di padang pasir
Terseret angin terbakar panas
Biarpun kalian tidak sudi melihat
Tapi aku pasti bulan tersenyum
Dan bersinar melihatku
ciptaanNya sama indah dan bermakna
pemberi beza dan nama adalah manusia
berbezanya kita hanya ketentuanNya
atas pemberat amal dan kebaikkan
sedar siapa diriku bukan untuk sesiapa
hanya untuk Dia.....menyemadikan
roh dan jasad, nama dan rupa,
bentuk dan makna untukNya
Aku harapkan setiap hembusan nafasku
adalah ibadat kepadaNya.

No comments:

Post a Comment