jarang-jarang aku lafazkan kata sayang
pada seseorang...
hanya pada ibuku, bapaku, adik-adikku,
kaum-kaumku...
tidak pada sesiapa saja..
untuk kesekian kalinya..
aku tidak lagi biarkan bulan berbicara
untukku..
aku tidak ingin lagi bintang berbahasa
untukku..
aku juga tidak lagi mahu mentari berteriak
untukku
laut juga tidak kubenarkan bermadah
untukku
angin tidak lagi juga kujadikan penyampai
untukku
hanya aku....yang ini ku tahu
dari zarah-zarah
helaian nafas ku...ku lafazkan untukmu
'aku telah mencintaimu'.
No comments:
Post a Comment