Tuesday, December 29, 2009

Nota-nota sepi

sunyi bila tiada pesanan darinya...
aku selalu ingin berbicara dengannya
baik berdepan atau bicara bisu tanpa warna

sunyi bila irama tidak melantun di gegendang telinga
aku ingin menjaga dan berkongsi cerita dengannya
tapi tidak baginya...kerana aku bukan yang pertama

sunyi bila tidak dikejutkan dengan gegaran kecil gelombang telefon
aku ingin selalu bercerita kisah-kisah harian ku padanya
tapi mungkin tidak bermakna baginya

sepi juga bila tiada perantaraan untuk meluahkan
selalu aku ingin bersentuhan dengannya
baik menggunakan teknologi mahupun manual dari sudut luaran
tapi kali ini hari ini...mungkin hanya aku

sepi terasa bila tiada nada dan suaranya
apatah lagi irama seakan-akan sumbang darinya
yang selalu buatkan aku mengkritik temponya yang lari
apatah lagi penggunaan pentas yang tidak langsung
digunakan.

sepi yang kadang-kadang romantis
sunyi yang datang kerana rindu padamu.

No comments:

Post a Comment