Monday, October 17, 2011

Objek Seni

Apa

Objek seni dihasilkan untuk tatapan, kajian, warisan, kebanggaan, jual, beli, pelaburan, rangkaian,dikumpul, dan banyak lagi kegunaan lain yang dapat dimanfaatkan dari kewujudannya. Objek seni merangkumi pelbagai bentuk dan rupa yang datang dari displin-displin seperti catan, arca, cetakan, seramik, foto dan sebagainya. Produk-produk budaya ini dihasilkan dengan elemen dan prinsip yang tersendiri. Bahkan, ianya mengandungi pengalaman, perasaan yang pelbagai, rasa sayang, takut, marah, benci, ingin, hormat, ingat,dan banyak lagi. Para penciptanya juga tidak ketinggalan untuk menyelitkantema-tema spiritual, politik, nostalgia, budaya dan adat resam, masalah sosialmahupun keagamaan. Namun, pemberian makna terhadap objek ini adalah tahap tertinggi yang membentuk kepada pengetahuan dalam seni itu sendiri. Sepertijuga penciptaan objek ini memerlukan elemen dan prinsip tersendiri. Penciptaan makna juga memerlukan mekanisma dan kaedah mengikut aturannya. Pencipta objek ini lebih tahu metodologi penjanaan makna dalam karya masing-masing. Cuma persoalannya adalah bagaimana ‘makna’ ini boleh memberikan satu ruang untuk pengetahuan dalam seni berpaksi dan berganjak yang boleh menganggu norma-norma kancah senikita. Objek mengikut kamus English Oxfordberasal dari perkataan Latin‘obicere’ yang membawa kepada pengertian membantah. Dalam tradisi barat, falsafah penggunaan kata ‘objek’ telah seiring dengan hal yang dirasakan ataupun hal luaran dari kefahaman pemikiran,subjek atau diri. Objek secara umumnya, dikenali sebagai kebendaan, bahan-bahan yang dipersembahkan untuk retina mata atau panca indera lain. Hal ini juga memenuhi etimologi lain terhadap perkataan objek. Objek seni dibaca mengikut tahap pemikiran masing-masing yang melahirkan pelbagai interpretasi.

Kenapa

Di Malaysia, objek seni kita juga berpotensi dan mempunyai kemampuan untuk terus menjangkau paradigma baru. Keterbukaan kita dituntut dalam pada merealisasikan sebuah empayar pemikiran yang kritikal dalam kancah seni kita. Di dunia barat, kajian terhadap objek ini telah lama berlaku dan seharusnya kita juga terus menjadikan objek seni ini sebagai subjek kajian. Melalui displin antropologi dan juga falsafah, kita mungkin dapat memperbanyakkan lagi kajian terhadap pengetahuan dalam seni. Savedoff (1989) menyatakan kita dapat melihat objek sebagai karya senikerana idea-idea yang berlegar disekelilingnya dan idea-idea ini juga menentukan arah penafsiran yang dapat diambil daripada karya seni. Idea inidalam kata lain ialah pengetahuan dalam seni yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat, penatapnya, pengkajinya juga pemiliknya. Namun, objek seni ini sangat mudah dilihat sebagai sesuatu yang bukan seni, status seni tidak boleh hanya bersifatfizikal semata-mata. Oleh kerana itu, ianya sudah tentu menekankan kepentinganteori, konteks dan pengetahuan seni. Lantas, adakah kita telah menghasilkan teori seni sendiri dan menggunakannya dalam institusi pemikiran? Terdapatbanyak kajian yang merungkai peranan objek seni ini dalam menawarkan pengetahuan di barat. Diamond (2004) mempertimbangkan peranan objek seni dalamdunia kontemporari mempunyai paradok yang membingungkan. Penekanan yang kita berikan mungkin hanya terikat kepada kemahiran dan teknikal yang rasanya sudahtidak perlu dinafikan kejelasannya. Akhirnya, kepentingan terhadap pengetahuan dalamseni itu sendiri seolah berada di paras yang merunsingkan. Pengeluaran objek seni ini sebagai satu produk budaya telah semakin banyak. Namun ianya belumlagi memberikan impak yang kuat dari segi pemikiran mahupun kelahiran pergeseran paradigma baru.

Bagaimana

Persoalan terhadap masyarakat terdidik oleh objek seni ini sudah lama menjadi barah dalam situasi seni kita. Bagaimana masyarakat terdidik olehnya? Adakah benarpenghasilan objek seni ini mampu mendidik masyarakat? Apakah mekanisma yangdiperlukan untuk memberi pemahaman kepada masyarakat akan kewujudan objek seniini? Ataupun kehadiran objek seni ini hanya sekadar terhasil dengan keindahanluaran semata tanpa ada perbahasan tentang makna intrinsiknya. MenurutBadrolhisham (2003) masyarakat akan terdidik dengan seni akibat penjanaan pengetahuan seni yang terdapat dalam karya seni itu sendiri. Persepsi,interpretasi, dan signifikasi menjadi bahan pertanyaan oleh masyarakat sendiri.Seharusnya perlu ada jambatan untuk menghubungkan mereka ini dengan senimanuntuk berbicara mengenai objek seni. Lantas akan mewujudkan apresiasi dankritikan dalam seni. Namun, keterbukaan dan intelektualisma pemikiran seniman muda samar-samar dirasai. Dalam BMS 2010, Tsabri dalam blognya menyatakan semasa Bicara Seni BMS sebanyak dua kali itu kelihatannya tiada kelibat-kelibat mereka ataupun suara-suara yang cuba mempertahankan ideologi masing-masing. Begitujuga dengan Forum Seni di Galeri Petronas semasa pameran New-Objection, tidak kelihatan seniman-seniman muda ini di dalam forum tersebut bagi memberikan pendapat mahupun perbahasan terhadap objek senimereka. Oleh kerana ini, apa yang dihasilkan oleh mereka tetap menjadi persoalan atas dasar penawaran pengetahuan dalam seni itu seperti tidak ada melainkan aspek formalisma yang selalunya berlegar menutupi kekurangan itu.

Di mana

Pelbagai sekolah pemikiran telah aktif dalam menanyakan, memikirkan semula persoalan peranan objek seni. Kerana kebinggungan terhadap bagaimana pemahaman masyarakat terhadap objek ini. Di manakah kita dalam situasi ini, apakah telah banyak pengetahuan dalam berseni itu kita janakan? Ataupun telah berapa banyak karya seni yang telah kita hasilkan? Ataupun juga telah berapa banyak pameran telah kita langsungkan? Mana satu kepentingan yang seniman muda kontemporari kita cuba ketengahkan? Kualiti atau kuantiti? Semua persoalan ini boleh kita jadikantitik mula dalam mengerakkan penciptaan terhadap percambahan pengetahuan dalamseni. Mengenai kemahiran dan teknikal, teknologi telah membawa kita pada ruangketamadunan yang serba serbi lengkap dan mudah. Tiada yang tidak dapat dilakukan dengan objek mahupun membentuk fizikalnya. Namun, pemikiran juga perlu seiring dengan kelajuan teknologi yang semakin jauh bergerak meninggalkan kita. Seniman muda dituntut untuk menawarkan gagasan pemikiran baru dalam duniaseni kita agar paradigma baru boleh tercetus. Mampukah seniman muda kita menyahut cabaran ini dan apakah kiblat yang menjadi arah perjuangan mereka?

No comments:

Post a Comment